JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Friday, March 29, 2013

Pada biasanya sifat seorang suami...



Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Sebenarnya terlalu banyak yang ingin dikongsi namun kesibukan diri sentiasa sahaja mematahkan semangat diri ini untuk menulis.. Menggerakkan jari-jemari ini untuk mencoretkan sesuatu seakan membawa diri kembali menelusuri takdir-takdir indah dariNya yang menghiasi hidup lewat kebelakangan ini

Sejak bergelar isteri, baru diketahui bukan mudah bergelar isteri.. Isteri yang sentiasa diredhai Allah..bukan mudah.. Hebat sunnah Rasulullah saw yang satu ini.. perkahwinan membawa makna yang cukup besar…setiap saat diri diberi jalan..jalan menuju redha Allah..atau jalan mendapat murka Allah.. mujur kesabaran suami dalam mendidik diri ini banyak mengajar diri erti mulianya seorang suami.. Rupa-rupanya pada wataknya sebagai insan yang biasa, mempunyai watak yang sangat luar biasa apabila berdepan dengan seorang isteri yang serba kekurangan ini… syukur pada-Mu Ya Allah.. moga kekal rumah tangga kami berdua hingga ke syurgaMu yang abadi..moga kuat untuk kami berdua tetap teguh pada jalan perjuanganMu.. kerana diri bukan isteri hebat seperti Siti Khadijah wanita terhormat yang mampu berkorban segalanya demi perjuangan seorang suami..kerana diri ini bukan Siti Aishah yang paling alim pengetahuannya dalam menyambung mata rantai perjuangan suami.. diri ini bukan Siti Hajar yang tabah ditinggalkan suami namun padanya muncul keajaiban dari telaga air zam-zam..diri ini sekadar hamba Allah yang hina, selalu rebah dalam menggapai redha dan kecintaan Ilahi…

Mengenali suami selepas beliau bergelar suami memang satu perkenalan yang cukup berharga..tiada bandingannya..ketara bezanya sebuah perhubungan yang cukup suci di sisi Allah ini.. Rumah tangga menuntut sekeping hati yang ikhlas di sisi Allah..mencintai sang suami kerana Allah..mengasihi isteri juga kerana Allah..kelebihan pasangan dirai..kekurangan pasangan sama-sama dibaiki.. Sungguh, perjalanan hubungan ini menuntut sebuah kesabaran.. sabar menasihati, sabar menerima kekurangan, sabar menerima ujian, sabar mencari bahagia di jalan penuh duri.. Beruntungnya seorang isteri yang mampu terdidik dengan kemuliaan akhlak sang suami itu sendiri..bahagianya rumah tangga yang tunjang kekuatannya adalah kekuatan hubungan mereka dengan Allah.. kepercayaan yang saling bertaut di hati mereka adalah semata-mata kebergantungan tawakal mereka kepada Allah..

Bicara suami pada suatu ketika dahulu.. “abang tak akan persiakan sayang.abang tak sanggup kehilangan sayang.sayang insan paling istimewa yang Allah berikan,abang teringin sangat nak jadi imam untuk sayang dan anak-anak kita.abang cuba jadi suami yang baik”… diri hanya tersenyum menyambut bicaranya.. serentak juga hati ini mengaminkan kata-katanya.. terdetik dihati ini, mampukah diri ini membantu beliau menggapai cita-citanya yang cukup mulia itu.. hamba ini sekadar insan biasa..isteri yang serba kekurangan.. kadang-kala diamnya seorang isteri ketika mendengar bicara seorang suami bukan bermakna ia tidak membawa sebarang makna..diamnya seorang isteri untuk mencari bait-bait kata terbaik yang dapat memberikan semangat kepada suaminya, diamnya isteri untuk memberi pandangan yang lebih rasional kerana memang sifat si isteri yang lebih biasa disaluti emosi dalam menyatakan rasa hati.. Alhamdulillah..ketenangan, kesederhanaan, dan pada biasa-biasanya sifat seorang suami itu akhirnya mampu memimpin seorang isteri menjadi lebih dari luar biasa.. Tanpa perlu menunjukkan keegoaan yang tinggi, seorang suami tetap berjaya melunturkan kedegilan si isteri, tanpa perlu menunjukkan kemarahan, seorang suami tetap mampu melembutkan hati si isteri.. semuanya pada sikap seorang suami yang biasa-biasa sahaja tetapi sentiasa berusaha meletakkan kedudukan si isteri pada kedudukan yang luar biasa.. kedudukan yang lebih mulia di sisi Allah swt… Syukur padaMu Ya Allah..

Ya..benar kata seorang sahabat ..“kekuatan itu terasa bila kita berdua”.. Jujur, diri ini mengakui kebenaran kata-katanya.. Dari kejauhan ini, semoga Allah swt melimpahkan rahmat dan kasihNya kepada beliau yang bergelar suami..seorang suami yang sentiasa berusaha meletakkan diri ini pada kedudukan yang lebih mulia di sisi Allah..seorang suami yang sentiasa mendidik diri ini yang serba kekurangan dengan penuh kesabaran..ikhlas menerima kekurangan isteri.. semoga impian beliau untuk perbaiki lagi tahap keimanan jalan Allah dimakbulkan Allah..semoga Allah melimpahkan kebahagiaan yang berpanjangan kepada beliau hingga ke syurga Allah yang abadi kelak..

“ALLAH SWT SENTIASA ADA UNTUK MENJAGA KEHIDUPAN KITA SEBAIKNYA..UNTUK MERASAI MANISNYA CINTA, CINTAILAH ALLAH SEPENUH HATI KITA..INSYAALLAH..AMIN…”

No comments:

Post a Comment