JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Friday, March 29, 2013

JODOH INI....

Jodoh ini..
Tiba kepadaku di saat diri ini dalam keraguan
Ragu-ragu akan pilihan yang Allah datangkan
Jika sebelumnya ku diuji dengan kesamaran dan kekeliruan
Keliru dengan bisikan hati sendiri dan kehendak keluarga
Namun, jodohku kali ini datang memberi keyakinan kepada hatiku, ibu ayahku..

Jodoh ini…
Datang kepadaku di kala aku sedang menunggu
Menunggu insan yang terbaik yang Allah tuliskan untuk diriku
Dengan iringan usaha dan doa yang tidak putus kepadaNya
Agar dia datangkan yang terbaik untuk diriku
Dan kini ku yakini, dia telah menjawab doaku dengan jodoh ini..

Jodoh ini…
Datang kepadaku dengan penuh adab seorang Muslim
Mempamerkan akhlak empunya diri yang ku idami
Jika sebelumnya mana-mana yang datang mengetuk pintu hati ini
Tidak seperti jalan dirinya mengetuk pintu hatiku
Dengan penuh berhati-hati dan kerahsiaan terjaga
Dengan ini ku yakini, dialah jodoh yang kutunggu…

Jodoh ini…
Ku yakini dia yang terbaik bagi diriku
Kerana, Allah hanya memberi yang terbaik bagi hamba Nya
Dan Dialah Maha Tahu apa yang terbaik untuk hamba Nya
Walau, ku diuji dengan keraguan hati dan kemahuan sendiri
Yang dilihat seseorang yang dirasakan cukup sempurna
Namun, hanya Allah yang tahu jodoh inilah yang terbaik…

Jodoh ini…
Allah datangkan kepadaku pada waktu yang terbaik bagi diriku
Dia telah menjawab hajat dan pinta hamba Nya ini
Munajatku agar didatangkan jodohku pada saat yang Dia Maha Tahu
Walau saat itu tidak ku sangka-sangka, walau mudah jalannya
Bila Dia mahu, maka “Kun Fayakun” ianya berlaku tanpa jangkaan hamba
Kini baru ku sedar, inilah ketentuannya dan inilah rezeki dari Nya
Betapa Dia yang Maha Tahu waktu yang terbaik untukhamba-Nya

Dengan jodoh ini…
Ku memohon lagi kepadanya, tanpa jemu ku menadah
Menadah tangan mengharap dari Nya lagi
Kerana Ku Tahu, Dia Maha Mendengar, Maha Mengabul pinta hamba
Moga Baitul Muslim ini adalah dari Nya yang telah dituliskan untuk kami
Moga Dia adalah pendamping hidupku sepanjang permusafiran di bumi Dia
Moga kami saling bertabah dan sabar dalam menelusuri denai-denai
Denai kehidupan di persinggahan ini, sebelum sampai ke tuju abadi
Moga dia dapat memimpin tanganku melangkah ke syurga milik-Nya
Moga kami dapat BERCINTA HINGGA KE SYURGA MILIKNYA yang seluas langit dan bumi




Permudahkanlah Ya Allah akan segala urusan kami,
Dekatkanlah hati-hati kami kerana Mu Ya Allah,
Satukanlah hati kami di bawah lembayung rahmat-Mu..
Amiiin

Pada biasanya sifat seorang suami...



Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Sebenarnya terlalu banyak yang ingin dikongsi namun kesibukan diri sentiasa sahaja mematahkan semangat diri ini untuk menulis.. Menggerakkan jari-jemari ini untuk mencoretkan sesuatu seakan membawa diri kembali menelusuri takdir-takdir indah dariNya yang menghiasi hidup lewat kebelakangan ini

Sejak bergelar isteri, baru diketahui bukan mudah bergelar isteri.. Isteri yang sentiasa diredhai Allah..bukan mudah.. Hebat sunnah Rasulullah saw yang satu ini.. perkahwinan membawa makna yang cukup besar…setiap saat diri diberi jalan..jalan menuju redha Allah..atau jalan mendapat murka Allah.. mujur kesabaran suami dalam mendidik diri ini banyak mengajar diri erti mulianya seorang suami.. Rupa-rupanya pada wataknya sebagai insan yang biasa, mempunyai watak yang sangat luar biasa apabila berdepan dengan seorang isteri yang serba kekurangan ini… syukur pada-Mu Ya Allah.. moga kekal rumah tangga kami berdua hingga ke syurgaMu yang abadi..moga kuat untuk kami berdua tetap teguh pada jalan perjuanganMu.. kerana diri bukan isteri hebat seperti Siti Khadijah wanita terhormat yang mampu berkorban segalanya demi perjuangan seorang suami..kerana diri ini bukan Siti Aishah yang paling alim pengetahuannya dalam menyambung mata rantai perjuangan suami.. diri ini bukan Siti Hajar yang tabah ditinggalkan suami namun padanya muncul keajaiban dari telaga air zam-zam..diri ini sekadar hamba Allah yang hina, selalu rebah dalam menggapai redha dan kecintaan Ilahi…

Mengenali suami selepas beliau bergelar suami memang satu perkenalan yang cukup berharga..tiada bandingannya..ketara bezanya sebuah perhubungan yang cukup suci di sisi Allah ini.. Rumah tangga menuntut sekeping hati yang ikhlas di sisi Allah..mencintai sang suami kerana Allah..mengasihi isteri juga kerana Allah..kelebihan pasangan dirai..kekurangan pasangan sama-sama dibaiki.. Sungguh, perjalanan hubungan ini menuntut sebuah kesabaran.. sabar menasihati, sabar menerima kekurangan, sabar menerima ujian, sabar mencari bahagia di jalan penuh duri.. Beruntungnya seorang isteri yang mampu terdidik dengan kemuliaan akhlak sang suami itu sendiri..bahagianya rumah tangga yang tunjang kekuatannya adalah kekuatan hubungan mereka dengan Allah.. kepercayaan yang saling bertaut di hati mereka adalah semata-mata kebergantungan tawakal mereka kepada Allah..

Bicara suami pada suatu ketika dahulu.. “abang tak akan persiakan sayang.abang tak sanggup kehilangan sayang.sayang insan paling istimewa yang Allah berikan,abang teringin sangat nak jadi imam untuk sayang dan anak-anak kita.abang cuba jadi suami yang baik”… diri hanya tersenyum menyambut bicaranya.. serentak juga hati ini mengaminkan kata-katanya.. terdetik dihati ini, mampukah diri ini membantu beliau menggapai cita-citanya yang cukup mulia itu.. hamba ini sekadar insan biasa..isteri yang serba kekurangan.. kadang-kala diamnya seorang isteri ketika mendengar bicara seorang suami bukan bermakna ia tidak membawa sebarang makna..diamnya seorang isteri untuk mencari bait-bait kata terbaik yang dapat memberikan semangat kepada suaminya, diamnya isteri untuk memberi pandangan yang lebih rasional kerana memang sifat si isteri yang lebih biasa disaluti emosi dalam menyatakan rasa hati.. Alhamdulillah..ketenangan, kesederhanaan, dan pada biasa-biasanya sifat seorang suami itu akhirnya mampu memimpin seorang isteri menjadi lebih dari luar biasa.. Tanpa perlu menunjukkan keegoaan yang tinggi, seorang suami tetap berjaya melunturkan kedegilan si isteri, tanpa perlu menunjukkan kemarahan, seorang suami tetap mampu melembutkan hati si isteri.. semuanya pada sikap seorang suami yang biasa-biasa sahaja tetapi sentiasa berusaha meletakkan kedudukan si isteri pada kedudukan yang luar biasa.. kedudukan yang lebih mulia di sisi Allah swt… Syukur padaMu Ya Allah..

Ya..benar kata seorang sahabat ..“kekuatan itu terasa bila kita berdua”.. Jujur, diri ini mengakui kebenaran kata-katanya.. Dari kejauhan ini, semoga Allah swt melimpahkan rahmat dan kasihNya kepada beliau yang bergelar suami..seorang suami yang sentiasa berusaha meletakkan diri ini pada kedudukan yang lebih mulia di sisi Allah..seorang suami yang sentiasa mendidik diri ini yang serba kekurangan dengan penuh kesabaran..ikhlas menerima kekurangan isteri.. semoga impian beliau untuk perbaiki lagi tahap keimanan jalan Allah dimakbulkan Allah..semoga Allah melimpahkan kebahagiaan yang berpanjangan kepada beliau hingga ke syurga Allah yang abadi kelak..

“ALLAH SWT SENTIASA ADA UNTUK MENJAGA KEHIDUPAN KITA SEBAIKNYA..UNTUK MERASAI MANISNYA CINTA, CINTAILAH ALLAH SEPENUH HATI KITA..INSYAALLAH..AMIN…”

Thursday, March 28, 2013

Allah. rasa itu.

Sabar.

Tiap-tiap hari saya minta pada Allah supaya anugerahkan saya sabar. Tiap tiap malam sebelum tidur, itu yang saya pinta. Saya mintak supaya mampu jadi anak yang baik. Kakak yang baik dan seorang isteri yang baik.

Hari ni, bila saya on pc, nak online, nak buka portal company,tiba-tiba internet buat hal. Line lambat mengalahkan siput berjalan. Nak tunggu satu satu..aishh..tiba-tiba rasa nak marah. Bila da dapat buka portal., pc crash. Mati tiba-tiba. Lagi lar rasa membuak buak. Tengah-tengah online, ada orang panggil minta tunjuk ajar.,. ajar punya ajar susahnya dia nak faham,, aishh. Rasa nak marah lagi sebab antara ramai-ramai,kenapa aku juga yang dipanggilnya.. Rasa masih dapat tahan. Nak duduk jer online balik, member sebelah sibuk Tanya pasal calibration multimeter yang guna tadi..tak tau letak mana da. Rasa nak menjerit jer..kenape la semuanya nak jadi masa ni?? Hati memberontak.

Terus duduk. Urut dada. Sabar nurbayah sabar. Tiba-tiba ingat balik. Bukan ke tiap-tiap malam aku pinta supaya Allah anugerahkan aku sabar. Sekarang ni DIA tengah ajar aku la ni. DIA datangkan macam-macam ujian untuk aku berlatih sabar. Kata nak sabar, Allah bagi ujian sikit..da nak menjerit jerit..da nak marah. Cakap nak sabar sangat. Allah. Rasa macam baru bangun dari mimpi.rasa nak nangis. Kasihnya DIA pada hambaNYA. Memberi ujian untuk anugerahkan kekuatan. Allah. Malu. Pada DIA.

Sungguh cantik aturan Allah. Subhanallah. Perlu check balik hubungan dengan Allah. Banyak yang belum ok. Sebab tu lar, senang rasa nak marah. Sebab hati belum sepenuhnya pada DIA. Allah. *malu sendiri*

p/s~~doakan saya. Moga terus kuat untuk pertahankan rasa itu.

Tuesday, March 26, 2013

miss my husband..

"Si isteri rindukan suami. lalu, dia berniat untuk menghantar mesej kepada suaminya yang sedang bekerja. Setelah cuba untuk menaip, dia meletakkan semula handphonenya di atas meja tanpa menghantar mesej yang telah ditaip sebentar tadi.

''sayang rindu abang, tapi tak mungkin sayang ganggu abang bekerja. abang, jangan lupa sayang tau'' bisik hatinya.'tut tut, tut tut' tiba-tiba satu mesej masuk ke dalam handphone. si isteri membacanya dan tersenyum.

''sayang, abang dapat mesej dari hati yang sayang rindukan abang. sayang jangan risau ya, abang pun rindukan sayang''

semoga suami isteri yang membaca status ini sentiasa bahagia bersama pasangan anda.


copy paste by : Keharmoniaan Rumahtangga Dan Keluarga Muslim

P/S : suami isteri memang ade naluri hati yang cukup kuat..My hubby not a romantic person but he is the caring one....

PERANAN SUAMI KETIKA ISTERI MENGANDUNG



1. Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT.

2. Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut.

3. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll.

4. Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah.

5. Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak.

6. Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh.

7. Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isteri.

8. Dilarang memakan benda-benda haram, begitu juga dilarang memberi isteri rezeki yang tidak halal, rasuah serta wang riba.

9. Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan anak dalam kandungan.

10. Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak anak yang akan lahir nanti.

11. Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada isteri.

12. Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl ayat 78, surah Al A’raf ayat 189 dan ayat Kursi.

3 words: What you want in life



3 perkataan pertama yang saya nampak:
1. Love
2. Time
3. Experience



Kalian bagaimana? :)


Nota:
Selamat bercuti untuk saya esok ! :)

Monday, March 25, 2013

Samsung Note 2 Pink Edition.

Assalamualaikum & hai,

Nak tunjuk something di petang Isnin yang suram ni :),




Source.

Lawaaaa kan? Color pink pastel gitu. Sesuai sangat dengan wanita yang lemah lembut. errr, contohnya, macam aku. HAHA.

Amboi, padahal dulu, ada orang tu kan,beria tak mau beli handphone yang common use, yang ramai orang pakai. Tak hipster katanya. Tapi, bila tengok handphone pink sweet ni, bukan main mengelupur ko nak ya. Hiks. Itu lah orang kata, jangan benci sangat, nanti suka teramat. Kan dah kena kat diri sendiri.

Ada kawan aku cakap color pink soft sangat. Nevermind, I still love it. Tahap over punya suka. Lawaaa kan. Color pink pwincess gituu. Haih, gewamm itew. HAHA. tapi bila difikirkan balik kan, buat ape sakan beli benda nafsu macam ni saja. Ahaha...aku berangan jerk la..... *sigh*

Take good care. Keep on praying for Lahad Datu & Land below the Wind.

Dear Husband

Dear Husband,



I will cook....
I will clean.....
I will shop......
I will be the best wife, ever, InsyaAllah.
I will dress up for you.....
I will maintain my appearance for you....
I will make sure to be the best wife I can be, InsyaAllah..
I will have children with you & I will raise them to be the best they can be....
I will be the best mother, InsyaAllah..
All this - as long as you promise me one thing

♥ Help me, accompany me in getting to Jannah! ♥(^_^)

#NoteForMe

Friday, March 22, 2013

untuk dia


Doa, hadiah paling sweet untuk orang yang jauh di mata dekat di hati. :') ❤

p/s : Ya Allah jagakan dia untukku ♥ ♥

Cubalah Belajar Untuk…

1. kawal nada percakapan
2. pujuk hati agar sabar
3. tidak sesekali berasa angkuh dan bongkak
4. tidak mudah panik dan sentiasa cemas
5. senyum meskipun sedang tertekan
6. menilai sesuatu masalah secara lebih holistik
7. mengurus kemarahan
8. tidak terlalu beremosional
9. bersikap sederhana
10. sentiasa memandang orang lain dari sudut positif


#NoteforMe

Bersyukurlah, akan ditambah nikmat Allah padamu!

Terpanggil untuk menulis.

Kejadian yang berlaku di sekeliling, membuat minda ini berfikir.

Nikmat mana lagi yang mahu aku dustakan?

Aku rasa walaupun perjalanan hidup aku ini tak selancar orang lain, namun aku tetap bersyukur sekurang-kurangnya aku tetap dapat merasa nikmat yang Allah turunkan, tanpa aku sedar.

>> Penat mengurus rumahtangga. Nikmat. Kerana sekurangnya Allah menyedarkan aku nikmat bersuami.

>> Penat bekerja. Nikmat. Kerana Allah sedang menyedarkan aku yang aku bertuah dapat membantu suami mencari rezeki hasil titik peluh sendiri.

>> Penat membayar ansuran kereta dan lain-lain. Nikmat. Kerana Allah menyedarkan aku, berkemampuan memiliki kemudahan itu semua. Seadanya.

>> Penat menunggu suami pulang kerja lewat malam. Nikmat. Kerana Allah mengajar aku erti kesabaran dan nikmat nafkah yang diberikan hasil titik peluh suami.

>> Penat memberi nasihat kepada sahabat. Nikmat. Kerana sekurang-kurangnya aku bukan hidup terpinggir tiada yang ingin bersahabat.

>> Penat menasihatkan adik-adik bawahan. Nikmat. Kerana sekurang-kurangnya aku mempunyai secebis ilmu untuk dipanjangkan pahala ke kuburan aku nanti.

>> Penat otak memikirkan masalah dan penyelesaian. Nikmat. Kerana sekurang-kurangnya Allah memberikan akal fikiran yang sempurna untuk berfikir.

>> Penat badan. Nikmat. Sekurang-kurangnya aku masih bernyawa!



I: Ada yang aku perhatikan masih tak nampak nikmat mencurah-curah yang Allah berikan kepadanya.

Thursday, March 21, 2013

Aku tidak mahu suami aku berdosa.

Assalamualaikum.

Aku tak mahu suamiku berdosa.
Lantas aku melabuhkan hijabku.
Berusaha menutup sempurna auratku.

Aku tak mahu suamiku berdosa.
Lantas aku perlengkapkan diriku.
Dengan ajaran agama.
Agar dapat membezakan.
Antara yang benar dan salah.

Aku tidak mahu suami aku berdosa. Lantas aku hadkan pergaulanku. Dengan yang bukan mahramku.
Aku tak mahu suami aku berdosa. Lantas aku menjaga diri aku. Agar terhindar dari fitnah manusia.




Aku tidak mahu suamiku berdosa. Kerana aku sayangkan suamiku.
Dan aku tidak mahu suamiku terhumban ke neraka jahanam kerana diri aku.
Aku tidak mahu suamiku berdosa. Kerana aku!

* Mohon hindar. Adik², kakak², makcik² semua. :(

Wednesday, March 20, 2013

Ilmu tundukkan suami



tundukkan suami? nice..

tak perlu minyak 'senyonyong'.. minyak wangi sudah.. tapi beware, keluar tempat awam jangan pakai minyak wangi! haram.. kalau lelaki ajnabi bau nanti jadi dose zina pulak.. dengan suami pakai la sebotol pon tak pe.. =)

bercantik-cantik demi suami tu ibadah.. bila suami senang hati tengok isteri tu pahala.. bila suami reda pada isteri tu reda Allah juga..? sape tak mau isteri baik, kalau cantik tu bonus la.. tapi cantik tu sendiri subjektif, beautiful kan lies on the eyes of the beholder.. isteri kan dari tulang rusuk suami sendiri, damai la dengan pasangan sendiri..

isteri baik yang taat suami selagi dia tak langgar syarak sangat cantik akhlak.. maksudnya, kalau dia cakap sesuatu ikutla.. tak perlu nak bantah-bantah.. senang ke? haha.. perempuan pun manusia, harap suami bertolak ansur.. kalau sayang semua benda boleh bawak bincang.. suami tak perlu tunjuk hebat dengan kuasa vetonya.. cukup cakap dengan baik dan isteri pun tak keberatan nak taat.. isteri pun tak perlu egokan diri sangat.. dengar cakap kan bagus.. tak perlu selalu merajuk, penat suami nak pujuk.. tapi macam terkena batang hidung sendiri pulak bila cakap macam ni, tak pe-takpe, improve2.. =) perempuan kan manusia yang halus hatinya.. haha.. suami maafkan je la bila isteri wat silap ye..kata sayang, so sentiasalah reda pada isteri ye..

keluar rumah tak perlu cantik-cantik.. nak cantik untuk siapa tatap? tutup aurat elok-elok.. Allah laknat wanita berhias untuk tatapan umum.. bukan ke perempuan memang cantik? dah la cantik, bersolek lagi lah tersangat cantik.. nak siapa puji? lelaki lain puji? suami? nak biarkan dayus? tapi tak de la sampai kategori selekeh.. bersederhana saja..

Anyway suami dayus macam mane? tak berani nak tegur isteri yang salah.. takut isteri kecil hati katanya.. biar isteri jadi tatapan umum.. jadi sanggup tanggung dosa sebab sayang sangat-sangat.. kita tengok kat akhirat nanti, sayang ke melayang.. sayang isteri ke bila salah depan mata tak tegur? neraka bukan tempat honeymoon!

p/s : saya suka ilmu penunduk ustaz azhar idrus nih...
terima kasih nikahi saya Azman Shahruddin..
but I miss U so much ='(
tak sabar tunggu weekend nak jumpa

Eh, you tak panas ke pakai tudung?

Assalamualaikum!

selamat hari rabu.. semalam aku nak update blog ni dengan banyak cerita. tapi internet kat lab ni slow sangat so terpaksa lah membatalkan niat murni aku tu.. haha.


Ini kisah tudung pulak, macam biasa aku pakai bawal je untuk ke tempat kerja dengan syle paling senang dalam dunia. seminit je dah siap. eh dua minit kot? hehe. sampai je kat company ade vendor aku, dia sambut aku dengan senyum lebar. well, lepas kahwin nie, mestilah senyum kena lebar.

sedang aku sibuk menyemak request form, dia pon tanya aku:

miss, don't you feel hot wearing that"


nie pic gedix aku..hehe tetap bertudung walau nak berposing ;)

ambil tangan menghala ke tudung aku.aku pon senyum je sambil jawab.

"nope. i used to it. i'm a muslim. so, what ever it is i still have to wear it. this's my obligation"

"oh ya? but its nice. i feel like trying too"


aku pandang dia sambil senyum.

"why not. u must be very beautiful"


aku balas. ya. amoi tu memang lawa. kulit bersih. kalau pakai tudung confirm ramai mamat-mamat melayu yang cair.sebenarnya, aku memang dari kecik dah start pakai tudung. mulanya sebab ikut kawan. budak-budak kan senang terpengaruh. bila kawan pakai tudung aku pon sibuk nak pakai jugak. so, bila dah biasa memang tak kisah dah pakai tudung ni.

bagi aku, pakai tudung ni banyak kebaikan dia. biasanya first impression orang terhadap perempuan yg pakai tudung ni baik-baik belaka. tapi tak dinafikan tak semua pakai tudung tu baik. tapi bila pakai tudung, sedikit sebanyak dapatlah cegah aku dari buat benda yg tak elok. ada korang nampak budak pakai tudung clubbing? aku tak tau jugak sebenarnya. sebab aku tak pernah masuk club. hahaha.

dulu aku pernah tanya sorang kawan lelaki aku ni. taste dia memang awek free hair je. aku tanya dia"

"wei, asal eh ko minat pompuan free hair je. yg pakai tudung tak cantik ke?"


"bukan aku tak suka. kalau yang free hair ni, aku peluk dikhalayak ramai pon orang tak pelik sangat.kalau pakai tdung tak bebas pulak. nanti apa orang kata"

see? dari dialog tu pon kita boleh tengok kan.at least kita jaga perlakuan kita depan orang ramai.so,pendek kata walau apa pon kita, bertudung ke, free hair ke, janji kita pandai jaga diri kita kan? as people said, tak semstinya bertudung tu baik.eh panjang sangat pulak entry aku ni. ok lah pen off! tata :)



*less than three*

Tuesday, March 19, 2013

Bahagia itu.

Assalamualaikum & hai,

Ya Allah,

Terima kasih diatas segala nikmat yang telah Engkau berikan.

Kerna Engkau kembalikan senyuman dan tawa ku.

Benar, Allah tahu apa yang terbaik. Kerna hanya Dia yang Mengetahui segalanya. Sama ada yang nyata mahupun tersembunyi. Subhanallah. Allah Maha Berkuasa lagi Maha Esa.

Hanya satu ku doa,

Kekalkan kebahagiaan ini. Selamanya. Hingga ke Jannah-Mu.

Aku hanya mampu berdoa setulusnya, tapi hanya Engkau yang berhak lagi berkuasa untuk menentukan segalanya.

Hidup baik baik.

=)

TakdirAllahItuIndah

Monday, March 18, 2013

Melaka vs KL



Kanda..
Dinda tahu kita dah selamat kahwin..
Kehidupan kita juga jauh berbeza..
Cita-cita memisahkan kita..
Tapi dinda kagum dengan kesungguhan kanda untuk mengahwini dinda..
walaupun dinda tak dapat duduk bersama dengan kanda, tapi dinda harap kanda faham dengan tuntutan masing-masing..
Macam mane dinda nak ucap betapa syukur dinda dapat mengahwini jejaka sebaik kanda..
Walau usia perkahwinan kita masih muda, tapi dari awal ini lah dinda mahu tanamkan sifat taat setia hanya pada kanda..
Redhalah pada dinda..

Jika diberi peluang mahu saja dinda selalu berjumpa kanda.. Tapi apakan daya, mungkin ini takdirNya..
Kita akan bersama, tapi belum masanya..
Apa pun, ingatlah satu perkara..
Dalamnya kasih dan sayang dinda pada kanda tiada taranya..

Andai kanda tahu betapa rindu hati dinda pada kanda..
Pada dinda, ini bukan satu kelemahan.. Tapi satu kelebihan.. Pemangkin pada kanda untuk terus maju melangkah mencapai impian kanda, dengan adanya sokongan dinda..
Andai dinda tidak seperti yang kanda impikan.. ciri isteri itu..
Hendaklah dipimpin dinda ini, untuk jadi seperti itu..
Moga bahtera ini tidak hanyut walau hihempas ombak yang menggila..
Dinda yakin, kerana nakhodanya adalah kanda..
Mohon doanya ya ya kanda..
Pada kanda, dinda doakan agar jadi seperti yang diimpikan..
Akan ku jaga maruah kanda, akan ku jaga kanda sampai hujung nyawa ini..
Dinda di sini tak pernah lupa pada kanda.. sesibuk mana dinda, pasti dinda curi waktu untuk kanda..

p/s : sila berjiwang-jiwang setelah kahwin sahaja.. sekian =)
to Azman-- sayang kamoo..

Friday, March 15, 2013

• Petua Rumah Tangga Bahagia Dari Semanis kurma TV9



Dalam semanis kurma yang lepas , yang dihoskan oleh ustazah Siti Norbahyah Mahmud sebagai peringatan dan perkongsian untuk diri aku gak .. berkahwin ini memang lah urusan jodoh .. tapi kita sendiri sebelum berkahwin perlu ada ilmu sebelum melangkah ke alam perkahwinan .. kita perlu ada ilmu mengawal emosi , ilmu kekeluargaan , ilmu komunikasi , ilmu peranan suami / isteri .. zaman hidup bujang dulu , mungkin kita menjaga diri sendiri .. ikut sedap hati dan ikut selesa je nak wat ape .. keluar balik lewat pagi .. zaman dah kahwin tak boleh gitu yek .. sebab kena fikir tanggungjawab dan amanah sebagai seorang suami .. bukanlah kata tak boleh keluar langsung , tapi tahu batasan / limit nya .. isteri pulak , kalau zaman bujang suka merajuk lama , buat keras kepala dia jer .. tapi tapi bila dah berumahtangga , kena slow sikit emo-emo nya yek , jangan dok merajuk lama-lama .. jangan besarkan benda kecil .. kalau boleh selesaikan dengan cara baik , selesaikan segera .. jangan dok berlarutan berminggu-minggu .. ( pesan untuk diri aku sendiri sebenarnya .. huhu .. ) .. urusan rumahtangga ni kita kena belajar , mungkin ambil masa sikit proses pembelajarannya .. tapi yang penting kena gigih belajar .. suami dan isteri sama-sama belajar .. belajar untuk jadi pasangan yang lebih baik ..

5 perkara yang dibenci suami

1) Jangan cemburu buta
2) Jangan suka control suami
3) Jangan suka mendesak
4) Jangan suka membebel
5) Jangan selekeh

6 perkara yang dibenci isteri

1) Jangan marah-marah
2) Jangan serius sangat
3) Tidak fokus bila sedang bersembang
4) Comot tidak kemas
5) Suka membuli isteri
6) Lupa tarikh-tarikh penting

Petua rumah tangga bahagia (penting nie!)

* Berkasih sayang kerana Allah
* Jujur dalam setiap perkara
* Bertolak ansur
* Mudah Memaafkan
* Jangan pendam
* Jangan ungkit kisah silam

doa yang dikongsikan :
surah al-kahfi ayat 10 & 39



p/s : Bab pendam and bab mengungkit...payah sikit bagi orang pompuan...tapi apa-apa pun kena cuba juga walaupun payah...

Wahai pembaca..terimalah saya seadanya..

Assalamualaikum.....

Mampukan penulis untuk berhenti menulis....bagi diri saya..buat masa ini saya tidak mampu untuk berhenti menulis kerana menulis adalah sebahagian dari diri saya...setiap manusia ada kecenderungan dan minat masing-masing..
apa yang mampu saya lakukan..berusaha untuk menulis sesuatu yang dapat memberi manfaat kepada orang lain walaupun dalam penulisan santai saya ini...

Walaupun saya bukan penulis profesional,bukan sasterawan.,bukan ilmuan...hanya insan biasa yang sering melakukan khilaf dan dosa...namun saya tetap di pertanggungjawabkan dengan apa yang saya tuliskan...
walaupun penulisan mungkin kekadang tidak semua orang suka...tetapi setiap kita mempunyai hak masing-masing..hak untuk memilih..hak untuk "Ya" dan "tidak"..tiada paksaan...
Dan hak menulis saya akan saya gunakan sebaik mungkin dan mencuba sedaya upaya agar tidak menyinggung mana-mana pihak..dan tidak mengajak kepada kemungkaran...
Namun sebagai manusia biasa saya tidak lari dari salah dan silap jika ada salah dan silap saya memohon kemaafan.....

sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah swt manakala yang buruk dari kelemahan diri saya sendiri...
sikap suka menulis saya juga terbawa-bawa ke dalam FB...
Di sini saya ingin menucapkan ribuaan terima kasih kepada semua pembaca silent reader saya...kerana sudi membaca blog saya ini melalui blog stats...jumlah pengunjung harian saya lihat mencecah hampir 12510 pengunjung sehingga kini..
Semoga penulisan saya tidak memberikan keburukan pada orang lain...tidak mengajak pembaca ke arah keburukan dan kemungkaran..
Terima kasih juga kepada semua pembaca setia blog saya samaada yang saya kenali atau tidak kenali..

Terima kasih kepada semua yang sudi singgah ke Blog ini...saya menghargainya anda semua...terima kasih juga sudi terima saya seadanya..'TERIMALAH AKU SEADANYA AKU"..(Nurbayah Amirruddin).


Penulis dan Tulisannya

kadang-kadang , apa yang terluah bukanlah paksaan.

tapi ia benar-benar lahir dari hati yang kadangkala sukar diluahkan
dari lisan dan mudah melalui tulisan.

saya bukanlah sastera yang hebat bermain dengan kata. saya cuma
seseorang yang tinggi minatnya dengan penulisan ^^

Thursday, March 14, 2013

Kecantikan isteri, kehebatan suami

Bukan mencari isteri cantik..

Tetapi mencari kecantikan isteri..

Bukan mencari suami yang hebat..

Tetapi mencari kehebatan suami..




Kerana cantik dan hebat akan ditelan zaman..
Tetapi sekiranya kita selalu mencari kecantikan atau kehebatan isteri /suami .InsyaAllah kita akan terus menyayanginya sehingga ke akhirnya..


~Kata renungan Prof Dr Muhaya~

Don't Take Panadol For Period Pain

* Refrain from taking panadol

According to a genealogist, 8 out of 10 girls will have cyst, however we have control over it too. How? We must not let it grow bigger or into a blood cyst:

1) Refrain from taking panadol or ponstan painkiller to subside the pain..... however there are many side effects too and when you are immune to the drugs it will not help whether you take the entire row of painkillers or not.

2) Pain endurance ~ The menstrual cramps do subside after a while. Well, lets say you can't endure the pain without any painkillers; this is the time to go see a genealogist (women have a higher threshold of pain than man).

3) Ways to counter menstrual cramps:

a) Refrain from taking icy drinks especially one week before your period);

b) Take a 1000mcg of Evening Primrose Oil every 2 days;

c) Regular Exercise. It really helps relieve menstrual cramps, 3 times per week (if you can);

d) Chinese medicine Pill (Pak Fong wan) - Have 1 pill a week before and after your Menstruation, it helps to regulate and replenished nutrients in your body. If you are vegetarian, you will not be able to take it.

e) Have plenty of vitamins A and D. Carrots, spinach, broccoli, fish, papayas, etc...

You are what you eat so please do take care of your body. Something to add on ... Ladies please drink lots of milk! or high calcium products especially if u intend to give birth),

I'm not trying to advertise for Milk Company but it can really prevent osteoporosis. It's not fatal but can cause lots of inconvenience to your life in future... So start drinking now....'

Severe/slight abdominal pain: it's not something to be taken lightly.. Women should not treat "Endometriosis" (abdominal pain before / during their menses) lightly cause the side effects will come a few years later after marriage whereby the disease will develop into cysts (sac found in the body, containing liquid matter).

If the cyst got bigger, you'll have to undergo a surgery to remove it but if it's a blood cyst, things may get worse as your womb / pelvic / uterus / fallopian tubes will be infected and create more problems. If the infection is not properly treated, serious problems like infertility may arise.

So, whenever you girls do experience period cramps, dun just pop a Panadol or Ponstan to relieve the pain instead go to a genealogist for a further diagnosis as you never know that you're suffering from one which may not at first seems like a serious problem.

p/s; jangan ambil penadol ketika bendara merah tp jom ke MCD makan fries errkk!^_^

Erti hidup.

Antara kejujuran kata dan keikhlasan di hati. Ketika pena kelu untuk berbicara.Ada yang mampu diceritakan melalui lukisan kota terbentang luas di sana.Aku menyusuri hiruk piruk kota yang penuh dengan kebisingan.

Namun di situ ku belajar erti sebuah kehidupan. Kedewasaan yang mengajarku tentang makna sebenar kehidupan. Tentang suara hati yang tidak pernah menipu sehingga kini. Tentang erti hidup yang banyak memberi.

Satu baris kata yang tertulis sehelai kertas yang putih tidak mungkin bisa difahami hanya dengan sekilas pandangan. Jadi sejauh mana penceritaan hidup akan terus dijalani?

Kita corakkan ia sendiri..

off~~

Jom Amalkan Para Isteri

Wednesday, March 13, 2013

Indeed..


"...Apa yang ALLAH rencanakan itu adalah adil dan saksama. Mungkin kita kurang dari suatu sudut tapi di sudut lain ALLAH sudah kurniakan dan mungkin lebih banyak daripada orang lain. Jangan sering menjenguk apa yang ada di atasmu tapi banyakkan menunduk apa yang di bawahmu..."

~~Ustaz Pahroul Mohamad Juoi~~

Note : Mudah-mudahan Allah s.w.t memberkati ilmu yg ustaz sampaikan melalui tulisan dan semoga ramai pembaca berjaya menjaga Hati masing-masing.

Ketakutan Pernikahan



Assalamualaikum. :)

Moga semua sihat iman dan fizikal. InsyaAllah. :)

Siapa mampu menduga takdir yang bakal terjadi? Tiada siapa mampu menebak. Kan? :)
Kita hamba yang cukup lemah dengan keterbatasan ilmu yang kita ada. Allah..

Suatu ketika dulu, sebelum saya bernikah, saya ada bermacam ketakutan dan fikiran bukan-bukan tentang pernikahan.

Pada saya, saya belum bersedia.
Pada saya semasa dalam proses ke arah pernikahan suatu ketika dulu, saya masih 'kanak-kanak' riang ria yang masih bergantung itu ini pada ibu bapa saya.
Pada saya, usia saya masih muda.
Pada saya, saya masih mentah, sedikit pun tidak matang.
Pada saya, saya masih budak yang kuat merajuk.

Semua itu saya pada waktu itu.
Ya, tafsiran saya, fikiran saya.

Dan kerana itu, hati saya sering berbolak balik tatkala memikirkan pernikahan saya yang bakal berlangsung.
Hari demi hari, macam-macam ketakutan menghantui saya.

Hmm Segalanya berjalan begitu saja tanpa saya duga.

Seorang lelaki berkenan pada saya.
Terus mahu minta izin berjumpa orang tua saya
Saya katakan padanya: Jumpalah ibu bapa saya. Jika mereka kata ya, saya akan turut.sebab saya percaya bahawa takdir Allah itu sangat indah.
Mengatur pertemuan.
Pada bulan 9 2012, rombongan datang.
Segalanya berjalan begitu mudah sekali.
Ibu bapa saya mudah menerima. Tiada sebarang kontroversi.
Peminangan hari itu menjadi hari pertunangan bagi saya.
Saya terkedip-kedip.
"Ahh? Aku akan bernikah?"
Setelah pertunangan, barulah saya memikirkan tentang lelaki yang akan menjadi suami itu.
Hari demi hari, tibalah tarikh pernikahan.
02 March 2013 tarikhnya sama tarikh hari lahirnya yg ke __, saya sah menjadi isteri kepada suami saya.
Dia lelaki berani yang bertindak pantas.
Tidak memikir panjang, bila suka, dia bersungguh.

Itu saja, kisah ringkas bagaimana saya bernikah. Apapun, yang mahu saya highlightkan dalam perkongsian ini adalah tentang ketakutan-ketakutan saya sebelum bernikah.

Banyak yang saya fikirkan sepanjang tempoh pertunangan saya.
Allahh...

Dulu, saya fikir,
saya takut sangat nak hadapi situasi berada di rumah berdua dengan suami. Ah, bagaimana saya nanti?
Reti ke saya nak masak untuk suami?
Reti ke saya nak uruskan rumah?
Reti ke saya nak uruskan perbelanjaan rumah?
Reti ke saya nak jaga suami?
Reti ke saya nak berkasih sayang dengan keluarga mertua?
Reti ke saya nak jaga maruah suami?
Reti ke saya berakhlak mulia?
Reti ke saya didik anak-anak saya nanti?
Reti ke saya nak urus merajuk saya?
Reti ke saya nak menegur suami?
Reti ke saya nak terima teguran suami?

Dan, Reti ke saya nak jadi isteri solehah?

Oh. Saya budak-budak!
Saya tak reti!
Saya selalu mengatakan itu pada diri saya sebelum bernikah.
Saya selalu rasa tak yakin.
Saya selalu rasa nak berundur.
Hati saya selalu kata bukan-bukan.

Allah...

Tapi, semua tu jadi lenyap bila saya memikirkan ini.
"Allah tak akan takdirkan sesuatu yang tak mampu kita tanggung."

Hmm. Allah datangkan jodoh saya pada masa yang InsyaAllah tentu saja saya mampu dan saya sedia.
Kenapa bernegatif? Kalau saya ada pilihan untuk berpositif?

Bila saya fikir-fikir balik,
'sedia atau tak' itu bukan penanda ukur kita boleh nikah atau tak.
Yang saya kini faham, 'menjadi isteri solehah' itu memerlukan masa sepanjang hayat kita.
Kita sentiasa belajar.

Bukan kata, sebelum nikah kita kena ada 100% ilmu isteri solehah baru kita boleh nikah.
NO!
Kita perlu sentiasa dan sentiasa upgrade diri kita.
Nak jadi solehah bukannya senang. Kita perlu berhijrah hari demi hari, kena belajar hari demi hari.

:)

Alhamdulillah.
Kerana persangkaan baik dengan takdir yang Allah berikan pada saya ni,
saya jadi kuat dan yakin bahawa sekarang memang masanya saya untuk jadi isteri. Isteri yang solehah InsyaAllah.

:)

Oleh itu, Saya biarkan fikiran-fikiran negatif dan bisikan-bisikan syaitan berlalu pergi,
saya hadirkan fikiran-fikiran positif dan ketenangan dari Allah mengisi ruang hati saya.

Alhamdulillah. :)
Kini, saya sedang bahagia dan InsyaAllah akan terus bahagia hingga ke Syurga bersama suami.

:)

Ingat, bahagia tidak semestinya sentiasa senang tanpa kesedihan dan kesusahan,
tetapi, 'bahagia' adalah bila kita sentiasa membawa Allah dalam kehidupan kita tidak kira sedang senang mahupun susah.

Ya. Itulah bahagia. :)

Sekian perkongsian ringkas kisah saya,
doakan saya dan keluarga sentiasa dalam rahmat dan redha Allah. :)
InsyaAllah, saya juga akan mendoakan kalian semua. :)

Sebar Bahagia!
Takdir Allah Itu Indah . Begitu juga dengan NikmatNya kan!
:)

Tuesday, March 12, 2013

CIK is now PUAN

SYUKUR dan ALHAMDULILLAH.

02.03.13
10.35 a.m

feeling sangat bercampur aduk. time dekat nak akad tu memang nervous gile la. takut Encik SUAMI gagap ke ape. hahah. tapi syukur, dengan sekali lafaz by Encik SUAMI, kite dah selamat bertukar status dari CIK menjadi PUAN. lega gile. tapi takde nangis-nangis pun time tu pon. jiwe kental kononnye.

sekali bile salam dengan mak and ayah. wuuuu..~ air mate berderai oo..! lagi-lagi bile ayah yang nikahkan kite.. TERHARU..
feeling lepas dah nikah?

TAK CAYE diri dah jadi bini orang.!
LEGA sebab majlis akadnye lancar..!
HEPI sebab dapat suami..!

miahahaha~

YE. kawen tu best sebab bile dok dekat-dekat, bile pegang-pegang, takde orang nak marah. yey! ^____^


pencuci mate sempena pertukaran status kite ni.



P/S : Terharu dan sebak bila dengar hubby lafaz nikah dihari ijab Kabul kami, , lebih terharu lagi tengok dia sebagai suami, Tengok suami dapat pahala tau. :-P
Alhamdulillah, Syukur syukur syukur ke hadrat Illahi.

Monday, March 11, 2013

Sekembali dari cuti kahwin

Assalamu'alaikum :)

Sudah satu minggu rupanya. Rasa macam baru sahaja aku dengar suami lafaz akad nikah, salam tangan, cium dahi. Rasa macam baru saja aku terpanik sebentar bila bangun tidur di rumah keluarga, ada suami di sebelah. Rasa macam baru semalam aku gaduh gaduh kejap dengan suami lantaran emosi tak tentu pasal. Ampun ye bang. Eh, terpanggil abang pula.

Walaupun aku belum sangat dapat jalankan tanggungjawab aku sepenuhnya sebagai isteri, tapi baru aku tahu perasaan isteri kalau dapat gembirakan hati suami. Puas satu, dapat pahala pun satu :')

Walaupun semalam abang dah balik KL dan menjalankan tugas . Cehh, baru semalam hari tapi aku rasa kenapa macam lama? -_-' Mungkin jarang berbual. Cukup jarang, suami SMS aku pagi dan petang sahaja. Untung kalau dia call, itupun kejap hewhewhew. Tapi betul lah orang cakap, lain kalau bercinta dengan berkahwin ni. Rindu dia lain teheee. Malu.

hari nie kat lab kena sakat. 'Baya nampak letih je ni kahkahkah'..badan ade rasa ringan tak (hampeh tol)
'Sorry bang. Laki aku tak ada lah,' jawab aku.

'Laaa, ni kalau laki balik habislah kau kahkahkah'.

Eleh bang tak kelakar lah. Aku tengah emosi ni.. Sabar aje lah.




Baru satu minggu. Alhamdulillah Ya Allah.




Dulu dia teman lelaki yang baik. Tapi sekarang dia suami yang terbaik.
Terima kasih Allah :')