ASSALAMMUALAIKUM W.B.T..
Lagi beberapa hari je nak
masuk 2014... rasa macam sekejap je 2013 berlalu... ingat lagi waktu awal tahun,
january - March 2013 sibuk-sibuk buat preparation untuk wedding... tak tido
malam siapkan beading baju nikah & resepsi... siang, sibuk dekat tempat
kerja...... fuhhh.. memorable sungguh! alhamdulillah 9 bulan bergelar isteri,
susah senang bersama, kehidupan sangat indah!!!
Nyanyuk
ke atau masa berlalu laju sangat?
Apa
yang aku suka untuk tahun 2013? Mesti lah banyakkkkkk.. Hehehehehe! Paling aku
suka ....
1.
Ada Suami (boleh manje-manje tak kira masa opss!)
2.
Keluar rumah dengan Suami pun tak kira masa.
3.
Kurang bergaduh dah!
4.
Jauh sikit tempat aku merayap (luar dari Melaka).
Siapa
yang dah kahwin fahamlah kan kalau namanya dah ada Suami. Hewhewhew. Macam aku ni
kategori garang yang amat, kira cepat gila naik angin kalau tak kena gaya. Tapi
sebenarnya mood aku baikkkk manja macam kucing.. Sebab tu aku suka dimanja
dibelai disayangi. Hikhikhikhik. Memang kontra la kalau tengok perangai sebenar
(manja-manja kucing) dengan perangai garang nak mampos kalau orang usik tak
bagi salam tu. Takut tak? Takut kan? Hehehehehehe..
Sebab
tu bila dah kahwin ni kitorang kuranggggg gila-gila bergaduh. Takat
touching-touching sikit tu ada la. Dulu kalau touching sikit pun merajuk
bergaduh berhari-hari. Aku lah.. Aku kan manja-manja kucing, tetiba sentap..
Naik la angin satu badan. Pastu aku pulak jenis tak suka orang pujuk-pujuk ni.
Agak-agak aku dah cool baru cakap baik-baik dengan aku nanti aku okay lah. Tapi
boyfriend kannnnn.. Reti ke apa kita nak? Faham ke perasaan wanita berhati
lembut macam kerak nasi ni? Tidakkk. Wuwuwuwuwu! Makanya bergaduh lah kerana
setitik nila. Setitik nila ni perumpamaan je, nak bagitahu betapa kecik je kes
nya tapi... Jangan pulak korang ingat aku bergaduh pasal nila! T____T.
Bila
dah kahwin ni, kalau aku merajuk aku taknak duduk dekat-dekat. Sorang kat depan
TV, sorang dalam bilik. Aku lah dalam bilik tu, sebab Suami dah pegang remote
control takkan aku nak tebal muka join sekaki tengok TV kannn.. Kata merajuk.
Heeeee! Selalu dalam bilik aku lipat baju kalau ada. Kalau takde aku capai majalah
wanita. Siri yang aku dah baca berpuluh kali. Agak-agak dah setengah jam nanti
Suami masuk bilik pujuk Isteri. Tapi aku kan tak suka dipujuk. Mengada!
Agak-agak dah habis majalah tu aku baca, agak-agak macam dah sejuk sikit hati
ni, agak-agak macam kesiannnnn Suami kitew.. Aku keluar bilik pastu terus ngendeng-ngendeng
kat Suami macam budak-budak kecik kena marah. Macam bengong pun ada kan?
Hahaha.. Tapi itulah sebabnya aku dah tak sekeras dulu merajuk lama-lama tak
tentu pasal. Merajuk sama je macam dulu, sentap, kecik hati, rasa nak nangis,
muka masam-masam macam limau. Tapi kejap je. Sebab aku cepat rasa bersalah
merajuk lama-lama kat Suami. See, aku dah baik sikit dari dulu kan?
iheeeeeeeeee..
Suami
selalu panggil aku muncung panjang sedepa. Bayangkan muncung panjang sedepa tu
macam mana.. Kahkahkahkah. Jangan imagine kan aku! Lucah kang.
Ni
lagi beberapa hari lagi nak masuk 2014 kan.. Nak dekat setahun dah berlalu kami
hidup berdua, bila datang rasa bersedia untuk ada baby, excited nak ada baby
bump, beli majalah pregnancy mengatasi majalah wanita.. Rasanya this is the right
time. I completely ready dah! Doakan yang baik-baik je eh.. Actually Disember
nampaknya baik-baik saja untuk kami Suami Isteri. Harap Awal tahun depan ni ada
lah berita baik. Harap. Amin. Sungguh lain rasa teruja menikmati hari-hari
lewat period ni rupanya. Hehehehehe!
2013,
anda terlalu baikkk untuk kehidupan kami, semoga 2014 lebih baik
berganda-ganda, Amin. Minggu depan je pun. Ya Allah lajukan masa bila kami
diduga, lambatkan lah masa bila kami bahagia.
Masyaallah,
Allahuakbar!
Love,
Nurbayah
Amirruddin!