Tulisan - ia seakan-akan selalu menemukan kita dengan dasar jiwa paling
dalam manusia, bukan?
In the name of God, the Most Gracious, the Most Merciful.
Assalamualaikum.
Bunyi aircond lab nie membunuh kesunyian pada tengah hari ini.
Fikiranku jauh melayang. Melayang entah kemana. Tidak mampu untuk aku mencapai
menariknya semula. Tangan mula merasa gatal mahu tulis entri baru di blog ini.
Izikan saya?
Selalu kan,
Kita melihat orang lain lebih beruntung?
Namun, jarang disedari, ada kalanya orang lain
pula melihat kita lebih beruntung. Orang lain melihat kita lebih bertuah.
Normal, manusia. Diberi, tidak puas. Kurang, tidak puas. Namun tidak pernah
kita mengambil sesaat untuk menghargai semua benda mahupun yang bernyawa
ataupun tidak.
Kita sering percaya dengan apa yang kita nampak di depan mata kita., kita sudah
berkata "Bertuahnya hidup dia". Namun apa yang mungkin kita
tidak nampak adalah titisan air mata mereka hampir setiap malam kerana
kehidupan berkeluarga yang langsung tidak membahagiakan itu.
Dulu aku sering membandingkan apa yang aku
lalui dengan apa orang sekeliling aku lalui. Aku dulu rasa hidup aku yang
paling teruk, yang paling derita dan yang paling terseksa. Tapi aku salah.
Ramai lagi manusia yang hidup mereka sangat menyayatkan hati kita. Beban mereka
hanya Allah SWT yang tahu. Tapi mereka sentiasa tampak kuat dan tabah. Mengapa?
Kerana mereka PILIH untuk kelihatan sebegitu. Dan mereka percaya pada Takdir
Allah.
Tapi aku yakin, itu semua dulu. Sekarang aku
bersyukur kerana aku mempunyai pandangan yang berbeza pada setiap manusia. Dan
juga pada setiap masalah dan ujian yang Allah datangkan pada aku. Semua ini
bermula dari hati. Kalau hati kita percaya pada Allah, kalau hati kita percaya
pada Takdir Allah, kalau hati kita percaya bahawa kita seorang yang kuat, yang
tabah, kita pasti dapat mengharungi setiap dugaan yang dikirim olehNya :)
Rindu datang dan pergi begitu sahaja. Sayang
itu mampu kekal berabad lamanya. Namun perasaan ini semuanya ditentukan oleh
Dia yang berhak untuk menarik mahupun memberi. Pernah terdetik mengapa mereka;
orang kita sayang. susah sangat mahu lakukan apa yang kita mahu? Pernah? Buntu.
Aku turut buntu. Hingga kini aku masih lagi tercari-cari akan jawapan yang
tidak pernah muncul di depan mata.
Terkadang, mereka tersalah sangka. Mereka menyangka, kita mahu penghargaan yang
besar. Kita mahu sesuatu yang istimewa, kita mahu sesuatu yang luar biasa. Sedang
hakikatnya, kita cuma mahu sesuatu yang sederhana; penghargaan yang sedikit.
Perhatian yang sekejap, itu semua sudah memadai.
Bahkah, terkadang, itu sudah lebih dari
mencukupi. Kadang-kadang, hal-hal yang remeh, mudah, sedikit dan sekejap,
itulah yang paling bermakna. Tapi mereka sering tidak sedar. Seakan-akan tidak
memahami. Bahawa kita hanya mahu yang sedikit, dan bukanlah yang sebesar rumah.
Dan mereka juga menyangka, kita yang terlihat
menangis hari ini, dihadapan mereka, adalah wanita lemah. Yang tidak cukup kuat dan tabah. wanita
manja, yang tidak punya pengalaman kehidupan. Dan mereka berkata, bahawa wanita
yang tak pernah terlihat menangis itu, adalah wanita yang kuat. adalah wanita
yang tabah.
Pada hakikatnya, kita
adalah wanita yang sama. Dari air mata kita belajar kuat. Dari kelemahan kita
bina ketabahan. Bila tak semua air mata mampu tertahan, begitu jugalah tak
semua air mata akan tertumpah. Dihadapan sesetengah orang, kita tak akan mampu
berlagak kuat, dan dihadapan sesetengah orang lain, kita juga tak akan mahu
menangis.
Menangis itu bukan tandanya
lemah. Itu tandanya kita perlu keluarkan secebis rasa sedih dan kecewa dari
hati kita, supaya kita dapat kekal menjadi kuat untuk menempuh suka duka di
dalam dunia ini. Senyuman - sering kali dijadikan sebab utama seseorang itu
di'cop' sebagai seorang yang periang, yang sentiasa hidupnya dipenuhi dengan
kasih sayang dari teman-teman rapat. Dengan satu senyuman, kitalah yang
dianggap bahagia. Oh mengapa dunia ini terlalu banyak cabang yang menghalang
kita daripada memberitahu tentang kebenaran?
Rasa sedih sering kali
mengajarkan lebih banyak hal dibandingkan rasa senang. Sering kali air mata
lebih mampu menyembuhkan luka, dibandingkan tawa kosong tanpa makna. Sering
kali musibah mendekatkan diri kita kepadaNya, dibandingkan nikmat yang
terkufuri.
* Yang ditulis mungkin sahaja bukanlah
kebenarannya. Namun yang pasti, yang terpendam itu lah yang selalunya benar.