Assalamu'alaikum
Esok..1 Ramadhan ! Ramadhan datang lagi. Semoga kita sampai
kepada bulan Ramadhan yang mulia ini. Alhamdulillah..hari demi hari, hidup
semakin baik dan berubah sedikit demi sedikit.
Dulu..seorang anak, kini bertambah menjadi seorang isteri.
Dulu..duduk dengan mak ayah, kini ade suami.
Akan datang? Mungkin jadi seorang ibu pula. Hidup ibarat
roda. Sentiasa berputar. Masa pula bukan berjalan laju meninggalkan kita. Tapi,
masa "berlari" meninggalkan kita.
Dah hampir 4 bulan tali ikatan kami. Lepas nikah seminggu dengan encik suami..terpaksa duduk
berjauhan disebabkan jarak yang jauh dan tuntutan kerjaya.
Terima kasih encik
suami..
Ramadhan pertama sebagai seorang
isteri
Ramadhan pertama bersama dengan suami
Paling seronok, bila buat apa sahaja akan ada encik suami. Nikmatnya hidup berumahtangga. Setiap apa yang
kita lakukan, ada teman. Teman suka dan duka
Setakat ni, masih belum ada rezeki lagi bergelar ibu.
InsyaAllah, akan datang. Bila tiba masa dan ketikanya.
Salam Ramadhan kareem buat semua !
No comments:
Post a Comment