JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Wednesday, October 17, 2012

Batas Rasa

Tidak ada seorang insan pun yang mengharapkan dirinya dirembes pengalaman pahit dalam hidupnya.Tidak ada seorang pun dari kita yang berminat untuk memilih duka melebihi gembira.Itu sudah pasti.Kalau boleh,kita mahukan Allah menjadikan dunia ini seindah FirdausNya tanpa ada apa-apa hal-hal yang menyusahkan langsung.Sudah tentu mustahil, kerana Allah telah memberitahu kita bahawa sememangnya kita dihidupkan di dalam dunia ini adalah untuk menerima ujianNya samada dalam bentuk buruk atau baik. Jadi, tugas kita sebagai hambaNya adalah akur dengan penuh kesetiaan.

Kadang-kadang kita dibisik oleh usikkan seolah kehidupan sedang mentertawakan kita. Apa sahaja yang kita perbuat menjadi serba tidak kena.Kita terhukum dengan bayangan rasa aib yang melintas.Kita mula terjunam dalam rasa dungu dan bodoh. Kita dihujani dengan perbandingan antara kehidupan kita yang kita lalui dan dengan kehidupan yang dimiliki orang lain. Mulalah kita berkata,"Siapalah aku berbanding mereka." Lalu kita dipengaruhi rasa rendah dan membatukan diri.

Apabila kita persoalkan tentang bencana hidup masa lalu,masa sekarang atau masa hadapan,sebaiknya,janganlah kita terlalu bermain dengan rasa.Apabila kita terlalu mengikut rasa, banyak perkara dalam hidup kita akan dibawa binasa.Kadang-kadang,rasa itu hanya sekadar rasa yang penghujungnya tidak memberi apa-apa pun imbuhan.

Kita perlu berhati-hati.Ya! Itu benar!.Berhati-hati adalah keperluan hidup.Dengan berhati-hati,kita mungkin berdaya mengubah sesuatu yang kusut menjadi tenang.Pun begitu,terlalu teliti berhati-hati hingga membuatkan perasaan menjadi mati untuk mencuba sesuatu nikmat Allah adalah amat salah.Ia seolah-olah menunjukkan kita menafikan kebesaran Allah.Sepertinya kuasa rasa kita itu lebih tepat daripada kuasa Allah. Padahal Allah telah berjanji bahawa tiap perubahan yang menganjakkan kita ke suatu tapak yang lain dikepilkan bersama perubahan itu kebaikan dan hikmah.Cubalah tanyakan pada diri kita, besar sangatkah kuasa kita sehingga kita mahu menolak kuasa Allah?Alahai..Janganlah begitu.

Sama-samalah kita memperbaiki rasa dalaman kita ke arah yang tidak merosakkan cara hidup kita yang sebenar.Janganlah kita membiarkan rasa kita melampaui batas-batasnya. Kemudilah dan kendalikanlah rasa kita daripada digoda sakit pra-sangka.Bila jangkitan pra-sangka melanda maka kita akan melunturkan rasa percaya kita terhadap apa yang diberi oleh Allah Ta'ala dan hati kita dihembus rasa tidak bersedia dan tidak redha. Kita akan dibuai gelora rasa yang tidak indah belaka.

Wallahua'lam..


Salam seindah rasa.
Moga Allah memberikan kesejahteraan sentiasa.
MUHASABAH DIRI

No comments:

Post a Comment