JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Friday, October 5, 2012

TIDAK SERASI

Kalau tengok cerita drama Melayu selalu menjadikan alasan TIDAK SERASI sebagai alasan untuk memutuskan hubungan. Secara jujurnya aku kurang setuju dengan alasan tersebut kerana sememangnya tiada manusia yang 100% serasi kalau itulah yang mereka harapkan.

Memang pada asasnya semua lelaki sama. Macam tu juga perempuan. Namun setiap 1 dari kita ada perbezaan. dan perbezaan itulah yang menjadikan kita istimewa dan unik. So, adakah alasan TIDAK SERASI releven?..
Baru-baru ini aku menonton ulangan bual bicara Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah. Membicarakan masalah kelewatan jodoh. Ahli panel jemputan ialah pengacara sensasi Azwan Ali dan Julia suria FM yang mengalami kegagalan dalam perhubungan yang serius sebanyak 4 kali. Namun bukan kelewatan jodoh yang menyebabkan aku tertarik. Tapi kata-kata dari wanita tersebut.

Ayat yang 100% sama aku tak ingat. tapi lebih kurang....

bila berdoa pada Allah mengenai jodoh, mintalah pada Allah dekatkan kita dengan jodoh yang Allah dah tetapkan untuk kita dan jauhkan kita dari mereka yang bukan jodoh kita. Bukan berdoa minta Allah jodohkan kita dengan si POLAN BIN si POLAN kerana itu seperti kita memerintahkan Allah untuk meletakkan si POLAN tu sebagai jodoh kita.
Berbicara soal jodoh. Bolehlah aku simpulkan punca perpisahan seperti TIDAK SERASI, ORANG KE TIGA, SKANDAL, TIDAK JUJUR, TIDAK TEPATI JANJI dan sebagainya hanyalah faktor yang menunjukkan bahawa DIA BUKAN JODOH KITA. So tak perlulah salahkan sesiapa atas perpisahan kerana Allah dah tetapkan, itulah yang terbaik untuk kita. Macam mana kita berusaha keras pun untuk pertahankan sesuatu hubungan sekiranya Allah tidak mengizinkan ia terjadi maka ia tetap tidak akan terjadi. Ikatan pertunangan juga bukan 1 jaminan melainkan IJAB KABUL yang dituntut oleh agama.

kerana

KITA HANYA MERANCANG TUHAN YANG MENENTUKAN
**jodoh adalah rahsia Allah**


Namun Allah tidak pernah melarang kita berusaha untuk mendapatkan apa yang kita inginkan. betul tak?.. ^_^

No comments:

Post a Comment